02/05/2012

PERMATA YANG PALING AKU SAYANG

waktu aku kecil kau yang menjaga, 
kau yang membelai,
kau yang mengubati,
kau yang paling memahami,
 kau yang akn sedih 
saat aku pergi..

bila aku sakit,
kau ubatkan aku..
bila aku tidur,
kau yang belai aku..
bila aku marah,
kau yang meredakan aku..
bila aku menangis,
kau yang memujuk aku..

sekarang..
sudah masanya aku yang jaga kamu..
aku tahu mungkin,
masanya akan tiba juga nnti..
sekarang..
aku yang menjaga,
aku yang memebelai,
aku yang mengubati,
aku yang memahami, 
setiap perkataan yang
orang lain tak memahami kamu..

dulu..
bila saat aku pergi tinggal kan kamu,
kau menangis..
begitu juga aku..
aku tak sanggup kehilangan kamu
yang selama ini..
yang merawat aku..

sekarang..
kau terlantar sakit di hospital..
aku sedih sangat-sangat..
aku tahu kau menderita..
aku berdoa dan menangis setiap 
kali aku memohon kepada
yang Maha Esa 
lagi Maha Berkuasa
supaya kau sembuh..

dulu..
kau yang yakinkan aku..
supaya sentiasa kuat dan tabah..
seperti kau menjaga anak-anak kau..
sekarang..
sudah masanya aku 
membuktikan semua itu..

aku hanya mampu menjadi
seorang cucu kau yang kuat 
di depan kau sahaja..
tapi bila di belakang kau
aku menjadi lemah..
air mata aku menitis setiap kali 
kau mengaduh sakit..
kau meminta air dan 
kau mengadu lapar 
kepada aku..
tapi apa daya aku..
aku tak mampu..
 kau terpaksa menggunakan 
oksigen yang aku sediri tak
sanggup melihat kau memakainya..

tp kalau kau tak pakai,
kau terpakasa menggunakan tiub..
dan aku tak kan dengar suara 
kau lagi..
kau tak kan dapat melihat aku datang dan menjga kau..
kau tak kan memanggil aku..
aku tak sanggup semua tu jadi..

sekarang kau mampu
kau dah kuat..
kau tak lemah lagi sepertti semalam
saat kali terakhir 
aku pergi..
kau hanya melihat aku..
tanpa bersuara..
aku tahu kau tak nak aku 
tinggal kan kau kan..


(wahai nenek..)
kau lah permata aku yang
paling aku sayang..
tidak mungkin aku
cucumu akan 
melupakan kamu..

inilah masanya untuk
aku membalas segala
jasa-jasa kamu..

aku tak kan pernah penat menjaga kamu
aku sanggup untuk tidak tidur 
supaya kau selesa..

aku akan sentisa mendoakan kau..
kau segala2nya bagi aku..
walaupun kau tak mampu bercakap,
aku faham apa yang 
kau mahu..
aku hanya mahu menjadi seorang cucu
yang hanya mampu melihat kau tresenyum..


semoga cepat sembuh nenek..
 

No comments:

Post a Comment